KEISTIMEWAAN SMK TAMAN TASIK
TAMAN TASIK.
Seindah namanya, begitulah indahnya sekolah. Secara harfiah, nama Tasik berasal dari sejarah kawasan di sini yang dipenuhi tasik bekas tinggalan lombong bijih timah sejak zaman sebelum merdeka. Bukan sekadar nama, erti “Tasik” itu sendiri ialah kawasan air yang luas dan dikelilingi daratan seperti yang terkandung dalam kamus dewan. Dasarnya yang dalam mengandungi seribu rahsia alam dan akar kehidupan. Secara tersirat setiap warganya sentiasa dilimpahi iltizam, keazaman dan kesungguhan, harapan dan wawasan untuk membuktikan kehebatan dan kecemerlangan dalam setiap bidang baik pengurusan, kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah warganya
LOKASI
Terletak di kawasan lembah serta dikelilingi taman-taman perumahan dan premis perniagaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik (SMKTT) terus gah dengan panorama indah dan kehijauan yang melingkar. Kira-kira tiga puluh minit perjalanan dari Kuala Lumpur, Taman Tasik tidak sukar untuk dihampiri. Taman Tasik sentiasa menggamit rindu warganya dan mengalu-alukan kehadiran setiap pihak yang sudi menghulur tangan bersama-sama berjuang untuk meletakkan sekolah ini ke puncak menara kecemerlangan.
IDENTITI
SMKTT telah membina identitinya yang tersendiri dalam usaha meletakkan nama sekolah ini di puncak menara kecemerlangan. Identiti dibina menerusi perkara-perkara berikut:
IMEJ
Warna keemasan telah dipilih menjadi warna tema SMKTT. Ada alasan menarik sebab warna ini dipilih. Emas simbol kemewahan dan keagungan. Emas sentiasa menjadi idaman dan perhatian. Kilauan emas sentiasa menjadi buruan. Warna emas digabungjalinkan dengan warna hitam semakin menyerlahkan keunggulannya. Secara simboliknya warna keemasan ini memancarkan imej SMKTT yang semakin unggul dan disegani. Seluruh warganya dididik agar bersemangat kental dan tidak mudah mengalah, berdaya maju dan sanggup bersaing dalam segala bidang. Mereka sentiasa ingin menjadi terbaik sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, mahu pun sahsiah diri. Warga SMKTT menjadi aset walau di mana pun mereka berada. Umpama kilauan emas, tetap bersinar dan menjadi rebutan. Justeru, warna keemasan ini telah diaplikasikan pada bangunan, pemplet, tiang-tiang, majalah, beg, wakaf ilmu, papan-papan tanda dan sebagainya.
KEKUATAN

- Nama-nama Bangunan dan Bilik-bilik Khas dan Mural
- Derap Tasik Berbisa
- Tepuk Tasik

- Murid
- Guru
- PIBG
- Kita Satu Keluarga