Jun 1985
SMK Taman Tasik dibina di Tasik Tambahan, Ampang Selangor dalam daerah Hulu Langat. Terdiri daripada tiga blok bangunan, sebuah bengkel seni perusahaan dan sebuah kantin.
18 Februari 1986
Kumpulan pelajar pertama mendaftar masuk ke SMK Taman Tasik, namun disebabkan kemudahan untuk pengajaran dan pemelajaran tidak lengkap sepenuhnya, mereka terpaksa menumpang sementara waktu di SK Taman Tasik dan SRJK(T) Ampang.
Januari 1987
Persekolahan dua sesi dimulakan kerana pertambahan pelajar. Bangunan baru turut dibina yang melibatkan sebuah blok bilik darjah, sebuah surau kecil, sebuah makmal sains dan bangunan Sains Pertanian.
1997
Sebuah blok tiga tingkat telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar yang kian meningkat. SMK Taman Tasik juga telah menerima kempulan pelajar pertama tingkatan enam.
2000
Sebuah dewan besar telah dibina, yang dinamakan Dewan Ibnu Khaldun. SMK Taman Tasik merupakan antara sekolah yang terbesar di daerah Hulu Langat dengan bilangan pelajarnya melebihi 2000 orang.
2002
Sebuah makmal komputer turut dibina bagi memenuhi keperluan melahirkan para pelajar yang celik IT.
2004
SMK Taman Tasik telah dianugerahkan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Selangor. Mewakili negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan.
2005
Dalam meniti usia 20 tahun, SMK Taman Tasik telah membanggakan warganya apabila sekolah ini diumumkan sebagai Naib Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan dan Johan Sekolah Selamat Peringkat Kebangsaan. Syabas buat semua warga SMK Taman Tasik.
Oktober 2006
Sebuah surau dibina bagi menampung bilangan pelajar dan memudahkan ibadat solat dilakukan dengan pemantauan guru. Surau tersebut dinamakan Surau Fatimah al-Zahra.
2010
Kelas Pendidikan Khas diwujudkan di SMK Taman Tasik.
2007-2012
SMK Taman Tasik dipimpin oleh Pn. Zaini bt Mohammad Zain yang merupakan Pengetua SMK Taman Tasik yang ke-14.
2013-2015
SMK Taman Tasik kini dipimpin oleh Pn. Maimon Bt Harun yang merupakan Pengetua SMK Taman Tasik yang ke-15
2015-KINI
SMK Taman Tasik kini dipimpin oleh En. Mohamad Zulkifli B Ahmad Kharman Shah yang merupakan Pengetua SMK Taman Tasik yang ke-16